Ct
Showing posts with label Tips&Info. Show all posts
Showing posts with label Tips&Info. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

lasik mata di IIUM,Kuantan

assalamualaikum..

Alhamdulilah saya sudah selamat membuat lasik mata di IIUM, Kuantan pada 27hb februari 2014. Ok, kepada sesiapa yang berminat membuat lasik mata dan berada berdekatan di kuantan boleh pergi di IIUM Kuantan. Alhamdulilah sepanjang proses berkenaan saya rasa mudah dan tidak la susah.

Pertama kali saya tengok prosedur tentang lasik mata dari satu program televisyen yang menampilakn selebriti iatu dynas mendapatkan rawatan lasik di prince court melalui profesor muhaya. Saya tengok dynas dan beberapa pesakit lain begitu mudah membuat lasik dan memberikan feedback yang positif. so, starting dari rancangan berkenaan saya ada menanam niat untuk membuat juga lasik mata.heee

Tahun lepas 2013, ada dua orang rakan kerja saya membuat lasik dan memberikan kata-kata yang positif. So, saya tanpa berlengah lagi call dan membuat appointment dengan IIUM Kuantan sebab waiting list memang panjang. 

Appointment pertama saya pada bulan Nov 2013, waktu saya pergi untuk screening mata boleh buat atau tak operation. Alhamdulilah mata saya boleh buat. Yeaaa..tapi next appointment seterusnya pada 18 March 2014. Giler lamaaaa...Alhamdulilah, saya punya appointment dapat diawalkan pada 10 februari. Masa 2nd appintment ni, nurse akan check lagi sekali condition mata dan menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh sebelum plasik mata. Memandangkan mata saya kering, saya diminta untuk memakai artificial tears sekerap yang mungkin. Untuk appointment saya kena bayar RM300. Pada 25 feb, saya berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor akan menerangkan jenis-jenis prosedur untuk lasik mata dan perkara yang saya perlu buat selepas lasik. Pada masa ni, saya tidak dimaklumkan lagi prosedur mana bakal digunakan untuk mata saya. Pihak IIUM akan maklum sehari sebelum lasik. Sehari sebelum lasik, nurse call bagi tau saya akan buat PRK.

Pada 27 Feb, saya buat lasik mata jenis PRK dan sebelum operation saya bayar balance RM3200..SO, total cuma RM3500 sahaja. Saya merupakan orang kedua yang membuat lasik. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan mudah. Doktor Khairidzan memberitahu saya seorang tenang, so mudah untuk dia buat lasik. So, nanti kalau ada niat nak buat kena bertenang juga...borak-borak lah dengan doktor tu semasa operation, tak de lah kita memikir sangat tentang mata. Saya mengambil hanya 7 saat sahaja untuk 1 mata. Pastu, done...alhamdulilah da berjaya. Lepas lasik memang mata nampak cerah sangat dan perasaan tu memang excited lebih lagi sebab tak sakit. Saya pergi dengan husband kat bandar, lepas tu teman dia pergi cek tayar kereta tapi lepas beberapa jam kesan bius sudah hilang dan mata saya rasa pedih-pedih dan start berair. Mata belah kanan asik mengalir air mata jer dan terasa pedih sangat seperti kena lada. Tapi keadaan tu tak lama pun. Esok pagi tu, mata saya dah tak pedih dan berair. 

Keesokan harinya, pada 28 Feb untuk "post lasik day 1", saya pergi berjumpa doktor untuk cek keadaan mata. Alhamdulilah mata saya menunjukkan result yang positif dan cepat tapi saya tak faham bahasa yang doktor guna tu. Doktor yang cek mata saya tu, panggil doktor Khairidzan yang buat lasik mata saya untuk tunjuk keadaan mata saya. ( rasa macam bahan experiment mata plak). Doktor Khairidzan pun happy sebab biasanya patient yang buat PRK akan ada kesan macam-macam dan mengambil masa yang lama untuk baik...Saya rasa antara sebab mata saya cepat baik adalah amalan pemakanan sunnah. Nanti saya buka entry pasal ni..heheheh

Sekarang da masuk 4 bulan selepas dari operation, Alhamdulilah mata saya kembali cerah..=D Kalau berminat boleh call untuk appointment:

tel: 09-5704550
hotline lasik 019-911 2642












Friday, June 6, 2014

kebaikan dan keburukan buat laser ENT untuk hidung-Bengkak dalam hidung

Assalamualaikum,

Pada 17 oktober 2011, saya ada menjalani operation untuk hidung atau lebih tepat laser ENT untuk hidung. Punca saya kena buat laser ini disebabkan saya menghidapi allergic rhinitis. Boleh baca artikel sinus atau resdung? ini untuk lebih maklum apa itu allergic rhinitis atau orang melayu kata resdung..hehehe Macam saya sejak dari kecil lagi..senang cerita masa umur bayi kot saya memang sudah ada allergic rhinitis. Macam-macam usaha yang parents saya buat untuk bagi saya hidung tak berair dan sihat. Macam-macam pil, ubat, vitamin, bawak pergi rawatan tradisonal sampai ke herba cina yang sudah setahun saya telan..tiba-tiba masuk berita, ubat tu haram..huhuhuhu

Dan setiap bulan saya akan ambil ubat allergic dari klinik panel dari kecik sampai la saya da biasa. Last2 ada doctor ni buat surat suruh saya berjumpa dengan doctor pakar ENT di HTAA. Allhamdulilah, baru la saya faham apa tu resdung yang saya kena tu. Hampir 4 tahun juga saya ambil nasal spray untuk mengurangkan bengkak dalam hidung. Bengkak dalam hidung saya ni terjadi disebabkan oleh kesan allergic. Bengkak ni macam ketumbuhan tapi tak mudarat pun cuma dia menghalang pernafasan dan menyebabkan pelbagai kesan yang tak baik..susah nak bernafas, berdengkur, sakit kepala dan lain-lain.

Mungkin doctor da fed up asik tengok muka saya datang. So, doctor cadangkan saya membuat laser. apa yang saya faham rawatan laser ni akan membuang ketumbuhan dalam hidung saya. so, InsyaAllah saya akan lebih mudah untuk bernafas tapi untuk baik 100% adalah tipis sebab ketumbuhan tu atau bengkak tu disebabkan allergic. Maksudnya, kalau saya terdedah dengan allergic lagi..kebarangkalian untuk bengkak/ ketumbuhan boleh jadi lagi.

Sekarang da hampir 2 tahun lebih saya buat rawatan laser tu..walaupun mula-mula tu sangatttt pahit disebabkan kecuaian doctor. Nak tahu boleh baca kat sini...tapi Alhamdulilah saya rasa hidung saya semakin baik..walaupun saya masih bersin pada waktu pagi, tapi saya da semakin kebal dengan cuaca sejuk dan hidung saya tak la selalu tersumbat..cuma lubang hidung belah kanan masih lagi tersumbat tapi much beter dari sebelum ni.

So, kalau korang ada penyakit resdung atau allergic rhinitis macam saya..boleh lah try rawatan laser.


Saturday, April 20, 2013

tip mengurus kewangan peribadi ( beza kemahuan dan keperluan)-episod 2


Assalamualaikum,

Ilmu menguruskan kewangan memang tidak ada diajar di dalam kelas. Disebabkan ini ada setengah orang yang tidak pandai menguruskan kewangan akan menyebabkan mereka sentiasa mengalami kekurangan wang.

Kebiasaan yang normal, kita akan rasa gembira menanti wang gaji yang bakal tiba setiap hujung bulan...saya pun begitu ya dan bermacam-macam perkara yang hendak di beli..baju, handphone dan lain-lain...tapi apa yang penting kita mesti memahami sama ada barang yang hendak dibeli tersebut adakah KEMAHUAN atau KEPERLUAN 
Contoh 1: Ali mempunyai pendapat bersih bulanan iaitu RM1300 dan bercadang untuk membeli sebuah handphone kerana smartphone yang sebelum ini sudah tidak menarik. 

Keinginan Ali untuk membeli handphone ini kita panggil sebagai KEMAHUAN kerana Ali masih lagi mempunyai smartphone yang elok cuma sudah tidak menarik.

KEMAHUAN=MEMBAZIR kerana kita membeli barang yang sudah ada.

Contoh 2: Ali mempunyai pendapat bulanan iaitu RM1300 dan bercadang untuk membeli handphone kerana handphone yang sebelum ini sudah rosak dan merupakan keluaran yang lama. Ali berpendapat dia patut menukarkan kepada smartphone kerana banyak application percuma yang dapat memudahkan dia untuk berhubung dengan orang lain seperti whatsapp, wechat dan lain-lain. Ali menetapkan bajet untuk handphone baru dia ini cuma RM500 kebawah dan dia berjaya menjumpai smartphone samsung trend plus dengan harga RM399.

Keinginan Ali untuk membeli handphone ini kita panggil sebagai KEPERLUAN kerana Ali memang memerlukan sebuah handphone dan dia membuat pilihan yang bijak dengan memilih jenama yang dipercayai dan dibawah bajet yang ditetapkan.

KEPERLUAN=PENTING seperti pelaburan kerana kita memerlukan barang tersebut untuk memudahkan kehidupan.

Tabiat membeli ini kadang-kadang tanpa sedar akan menimbulkan penyakit lain iaitu membazir.Yela, da kalau kita asik beli barang yang tidak penting, simpan barang tersebut sehingga memakan ruang yang ada.

Saya pernah cakap kat suami saya sebelum hendak pergi ke kenduri kahwin " hmmm, saya dah tak ada baju da...nak pakai baju apa ni." "Nanti kita pergi beli almari nak..macam dah tak muat nak letak baju jer"...suami saya gelak kan saya dengan kata-kata tu..."tadi cakap tak ada baju, kenapa nak beli almari pula" Aduh, sedarlah!!! sebesar-besar almari tu masih tak ada baju...dushhhh...insaffff

Suami saya pula suka beli buka..so, saya akan pesan dia supaya memastikan habis dulu baca buku yang sudah ada..baru boleh beli buku baru.

p/s;Betapa indahnya Islam sebab tidak menggalakkan kita membazir.




Monday, February 4, 2013

tip mengurus kewangan bulanan-episod 1

Assalamualaikum,

Alhamdulilah pada umur 22 tahun saya sudah dapat perkerjaan tetap dan sudah hampir 6 tahun saya bekerja. Mungkin ini takdir dan rezeki saya untuk bekerja sebagai cikgu walaupun pada asalnya saya sudah menolak tapi masih dapat lagi. Alhamdulilah. Saya percaya ini semua berkat doa ibu dan orang sekeliling saya. Terima kasih semua!!

Masa mula saya kerja, duit gaji saya memang selalu habis bila dah hujung bulan. Dan hujung bulan saya akan pau balik duit dengan ibu. Ishhhh, sangat tak senonoh. Ada sekali tu, ibu ajak saya pergi ke AKPK di kuantan sebaris dengan Bank Islam depan Masjid Besar atau depan padang MPK.

Ibu memanggggg bagus sebab ajak saya pergi jumpa dengan kauselor kewangan di AKPK dan dia memberi ilmu yang berguna macam mana untuk mengurus kewangan bulanan. Saya percaya ada setengah orang..sikap yang macam saya tak pernah merancang kewangan dan boros..huhuhu Lagi satu ilmu pengurusan kewangan ni mana la kita ada belajar kat sekolah..kan???? kalau sekolah dulu pun time kelas akaun, cikgu cuma ajar yang ni masuk debit, yang tu masuk kredit.

apa yang saya ingat,

1-dia mengajar saya untuk membuat akaun setiap bulanan dalam akaun tu mesti buat tiga bahagian iaitu pendapatan bulanan, perbelanjaan tetap dan perbelanjaan berubah. contoh yang macam saya buat pakai excel:



atau boleh jer instal AKPK budget-application ni.

2-jangan lupa every month letak dalam bajet bagi kat ibu. so, ini kita akan masuk sebagai perbelanjaan tetap.  Jangan kedekut dengan ibu ye..hehehe

3-jangan lupa untuk bayar hutang, hutang tetap hutang..so, jangan skip jadikan dia perbelanjaan tetap sebab semakin lama kita skip atau culas bayar, nanti semakin beban dengan hutang. Macam hutang PTPTN. Hutang tetap hutang kan, bayar jer la..tak payah mengeluh. takut sikap kita yang malas bayar ni akan memberi kesan pada orang lain kelak.

4-sebagai orang islam, jangan lupa bayar zakat.

5-pastikan ada simpanan tetap. kaunselor ni ajar saya buat 2 simpanan untuk kegunaan masa depan dan kecemasan macam kereta rosak ker. bak kata pepatah "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"..so, disiplin kan diri untuk menyimpan secara tetap bagi 2 akaun ni. RM50 pun da ok, kalau setahun sudah dapat RM600. Macam saya buat simpanan tetap di unit trust dan ASB dan simpanan untuk kecemasan di Tabung Haji. Tapi saya bercadang untuk alihkan semua duit ASB ke unit trust disebabkan perkara-perkara tertentu.

6-saya sendiri mengasing kan duit mengikut keperluan. Contoh duit minyak dalam purse yang berbeza. So, saya tak akan menggunakan duit minyak untuk perbelanjaan harian. Saya bajet RM300 setiap bulan untuk kereta viva..hehehe dan biasanya duit minyak saya selalu membantu bila hujung bulan =D

update april 2014:

baru-baru ni saya ada berjumpa dengan ustad wan iaitu bekas pengetua sekolah saya dulu. Dia ada bagi pesanan yang berguna pada saya. Pastikan setiap bulan buat bajet untuk derma sebab kalau ada orang mintak derma, biasa kita macam nak tak nak bagi sebab pikir tak cukup duit nanti tapi kalau kita memang sudah bajet sedikit duit dalam perbelanjaan bulanan..so, insyaAllah kita tak akan rasa sangat duit tu pergi sebab kita memang sudah buat peruntukan untuk menderma. InsyaAllah.




Monday, February 13, 2012

Tip membeli cincin emas..

Assalamualaikum,

petang tadi selepas collect hampir semua pamphlet kat booth pengantin bukan nak kahwen lagi pun tapi kebetulan pergi bandar ada pameran pengantin....cuci la mata...mana tau boleh simpan idea untuk majlis kahwin nanti..kan?? 


budak perempuan ni biasa nya mereka sudah ada impian perkahwinan sejak dari kecik lagi..so, setiap kali pergi kenduri, tengok tv or event yang macam comel..nanti, impian perkahwinan tu akan di "update"..hahaha


En bakal suami ni since kami sudah berkawan rapat sejak tahun 2008 sampai la sekarang..saya sudah tak terhitung berapa kali dia melamar...bila saya dah rasa menyampah dengan dia....pandai jer dia wat lawak melamar tu..huu


Saya dengan ibu pergi cuci mate tengok cincin plak....so, semua kedai emas kat kuantan prade tu i singgah da..hee saje je ajak ibu tengok cincin..bukan nak kahwen or tunang lagi tapi buat persedian je la kan..hehehe..

sebenarnye untuk cincin tunang saya nak cincin couple yang ada tulisan-tulisan tu..macam comel jer..hee ala, macam cincin irma hasmie...hee tapi masalahnye..semua kedai yang saya pergi kat citu cakap tak boleh nak buat..hmmmm...kalau boleh buat pun just tulisan kat belakang cincin tu bukan kat depan..

Tapi ibu dari tadi dok berkenan cincin yang ada permata...ibu cakap yang saya minat tu fesyen lama..huhuhu dan semua kedai yang saya tanye cakap yang cincin yang ada permata guna emas 750 sebab emas 750 kuat untuk tampung permata tu tapi ada gak cincin yang dari emas 916

0ooo..ok, faham da...

pas tu kiteorang singgah kat wan chan..aunty tu punye la entertain kami dengan baik..
dia pun tunjuk la cincin berlian..dia cakap cincin berlian tu emas 916...ibu tanye la..betul berlian ke..dia cakap memang betul berlian dan time tu juga..hati saya berbunga-bunga sebab tengok harge paling murah rm700++.. harap en bakal suami tak kisah..wohoooo...
nak pergi habib jewel jauh sangat dan tak de masa nak ke sana tapi kalau dia rela..i sanggup..heheheh


Tapi malam ni saya ada buat survey tentang cincin permata ni.....

  • memang cincin yang ada permata..bukan emas 916..kalau orang kedai tu claim emas 916..menipu la tu sebenarnye emas 835..so, nak pasti pas beli cincin yang ada permata cop 916 tu boleh pergi cek kat ar-rahnu untuk kepastihan betul ketidak 916..
  • kedai yang glemer macam wan chan, poh kong and habib pun tipu gak..sebab diorang cite (mangsa kena tipu) bila nak jual kat kedai or gadai kat ar-rahnu..rupenye emas 835 bukan emas 916...ada yang da beli barang emas sampai 15 tahun..20 tahun..beli gi cek kat ar-rahnu..baru tahu rupenye di TIPU..huhuhu
  • hage emas tuk 916 dan 835 memang beza...boleh tengok kat bawah ni yer:

EMAS
HARGA
999.9RM: 159.26 
999RM: 156.07 
916RM: 141.74 
835RM: 125.81 
750RM: 109.89 
585RM: 78.04 
375RM: 39.81 
KEMASKINI PADA :11 Feb 2012 -    09:29:08

  • Kalau rase nak beli emas untuk pelaburan..rasenye tak yah la yang ada permata sebab semua permata tu nanti kalau gadai balik tak ade nilai pun..kalau tak caye boleh bace kat belakang resit beli barang emas tu... nanti KITA akan RUGI tau..huhuhu..sila faham sendiri ye ape maksud resit ni...hee
  • lagi satu kalau nak beli barang emas..sila la faham ape maksud 22k, 18k..916. 835 tu...kalau nilai  22 k or 916 tu ..nilai emas lagi banyak dari 18k or 835 dan yang ke bawah..
  • ada yang bagi tau jugak sebenarnye berlian sangat susah nak dapat and mahal..so, kalau jumpa kat kedai cakap tu cincin berlian..maybe tu berlian swiss jer...
  • cincin yang ada permata dari zircon tu shining dia nanti lama-lama akan pudar...so, tak cun la nanti..



sekarang ni boleh la I berpikir dengan waras..cincin and gelang yang macam mane nak beli bukan ikut hati ja..


p/s: info yang paling banyak saya dapat maklumat kat cini:

Monday, January 2, 2012

jenama aowa ni penipu


Assalammualaikum, 
hari ni saya ajar students pasal personal selling and one of my student share cite pasal kawan dia yang kena tipu dengan salesperson dari AOWA ni..

student ni cite yang rakan dia ni bayar RM100 kat sales person tu tapi tak dapat ape-ape barang and sales person tu mention that in future kalau dia beli barang elektrik dari aowa..dia akan dapat diskaun..lebih kurang macam tu la...actually, saya tak tau cite yang sebenar..sebab student saya tak mahu share cite tu in detail..maybe segan kot..sebab kawan-kawan dia buat lawak plak..saya  tak pasti macam mane sales person tu approach student tu...tak tahu ape yang sales person tu cakap kat dia...so, saya memang tak leh nak cakap salah atau betul...


TAPI...........


saya pergi jumpa pakcik GOOGLE dan saya jumpa beberapa kes yang share bagi tau aowa ni scam.......





so, semua.....
JANGAN PERCAYA.....JANGAN SAMPAI TERTIPU DENGAN AOWA





Friday, October 21, 2011

amalan oleh Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum, 

Saya percaya semua sahabat pernah membaca atau diberitahu tentang diet pemakanan Rasullullah S.A.w. InsyaAllah kita semua cuba amal kan pemakanan ini dalam kehidupan seharian. Cayok!!!!


Diet pemakanan dan amalan kehidupan Rasullulah S.A.W


1. Jangan makan SUSU + DAGING
2. Jangan makan DAGING + IKAN
3. Jangan makan IKAN + SUSU
4. Jangan makan AYAM + SUSU
5. Jangan makan IKAN + TELUR
6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU + CUKA
8. Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEl

9. Jangan makan BUAH selepas makan NASI, tetapi makan buah sebelum makan NASI.
10. TIDUR 1 JAM selepas makan tengahari
11. Jangan TINGGAL MAKAN MALAM kerana akan cepat tua dan kolestrol bertambah12. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.


Antara amalan yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W
1. Selepas solat subuh

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.



2. Bacaan Basmalah ( Bismillahirrahma Nirrahim)


Sahabat semua sedia maklum RAsullullah S.A.W membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim) dalam apa jua tindakan. Membaca Basmalah sebelum makan juga untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

3. Cara makan Rasullulah S.A.W.

Mengikut cara Rasulullah S.A.W, sebelum baginda makan, baginda S.A.W akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullullah S.A.W akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah S.A.W makan makanan tersebut. 


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua jari cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

4. Cara Rasulullah S.A.W mengunyah

Rasulullah S.A.W akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


5. Cara Rasullullah S.A.W selepas makan


Rasullullah S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


6. Cara Rasullullah S.A.W minum



Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.





~tips ni saya dapat dari FB tapi da diolah oleh saya. InsyaAllah, jom kita cuba amalkan.

Thursday, October 20, 2011

punca sakit resdung a.k.a allergic rhinitis dan cara merawat


RADANG HIDUNG-INFO SIHAT

baru-baru ni saya kene buat operation idung pasal sinus...so, i nak share cikit pasal penyakit ni..rasenyer sebenar nye kat luar tu ramai orang yang sama penyakit ngan saya ni...info ni saya dapat dari info sihat.

Apa itu sinus?
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Radang sinus?
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
  • Radang sinus akut
  • Radang sinus kronik
Apakah agen penyebab radang sinus?
Radang sinus boleh disebabkan oleh :
  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
Agen penyebab radang lain:
  • Alahan
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Apakah tanda dan gejala radang sinus? 
Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam
Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?
Radang sinus akut boleh menyebabkan:
  • Radang sinus kronik
  • Sakit kepala kronik
  • Bisul pada sinus maxilar
  • sinus frontal
  • sinus ethmoidal
  • otak
  • mata.
Right periorbital abscess
Bisul periorbital kanan
Bagaimana merawat radang sinus?
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:
  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.
Bagaimana cara mencegah radang sinus?
Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:
  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
  • Berhenti merokok
  • Hindari alkohol
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam
yang ni pulak versi english...saya rase versi ni info dia lebih detail...boleh baca kat allergic rhinitis



tq,xoxo~

Thursday, August 18, 2011

MANA MAK????


Tadi saya dapat email dari kawan yang keje kat cimb..cite yang saya nk cite ni plak tak de kene mengena pun dengan cimb..hehehe saya just nak share email dia jer..jom bace...sediakan sekali tisu yer..


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian.
 Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  
Ateh  menjawab, “Entah.”  
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.  

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.  


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  
Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"  


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. 

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.
Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.   

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.
Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya. 

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya.
 Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.
Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.  

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak
Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.  

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." 


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. 

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. 


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. 

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.  


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.  


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama.
Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.
Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.  
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."  

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. 

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.
 Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang.
Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang
sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.  

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.  


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”  
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.  

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.  


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.
Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi
semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.  

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..  
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang
 tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak
Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" " 

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat
Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah
kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." 

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..  


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"     


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? "  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.  


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa 
.
 Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya .
Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Wednesday, May 4, 2011

mahal kan makanan di kuantan?

matematik itu mudah ker???

nape dalam kepala otak saya ni tak dapat nak buat kira-kira??
salah mak cik tu ker???
or maybe salah makanan tu..sampai dalam kepala otak saya ni asik buat kira-kira...hehehehe
memang bagus...boleh mengaktif otak saya macam ni..hehehe


ari tu saya makan nasi lauk daging masak kicap+terung+telur masin dengan nescafe ais!!! 
saya ni memang tekak orang melayu...hehehe
memang habis licin saya makan ( time tu saya memang sangat lapa + mengantok sangat!!)

tapi selepas saya makan..
selepas perut kenyang...
selepas perut ku buncit sedikit..
selepas bayar kat mak cik tu...

saya memang tak faham...dalam kepala saya asik dok buat kira -kira tuk ape yang saya makan...

nasi saya mintak ngan adik tu separuh = RM1
daging maybe banyak la kot=RM2
terung tu agak comey la gak=RM1
dan separuh telur masin=RM1
air di kala saya mengantuk..nescafe ais!! = RM1.50

aik!! baru dapat total RM6.50..hmm, mane ilang lagi RM1...
dan saya terus membuat kira-kira..(dengan harapan otak saya kembali cergas..hehehe)
adakah daging saya makan tu sampai RM3...
logik ker telur masin yang separuh tu RM1...
air memang saya da tahu harga dia RM1.50...
tak kan la terung yang comey lote tu RM2...
hmmmmmm????


Saya rasa makan kat kuantan ni memang mahalllllllll......

Sunday, April 17, 2011

punca dan cara rawat penyakit kencing manis

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Dia Penyakit Kencing Manis
Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ? 
Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.
Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat
Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Pil
Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.
Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain  dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting.
Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis
Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat
Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia

Ubat
Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil
Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna
Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor
Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan
Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis
Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan
Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian

Panduan makanan

Makanan yang patut dielakkan
Gula
Gula melaka
Coklat
Jem
Madu
Sirap
Aiskrim
Biskut-biskut yang manis
Susu pekat
Minuman ringan
Gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan
Nasi
Roti
Ubi kentang
Ubi keledek
Ubi kayu
Jus
Kelapa
Daging kambing
Buah-buahan jeruk
Bahan-bahan tenusu

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas
Serbuk lada
Rempah-rempah
Serbuk kari
Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.

Penjagaan berat badan
Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk
Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun

Kalau anda gemuk
Kurangkan makanan !
Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak
Bersenamlah selalu

Senaman
Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik
Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
Selalu menjaga kebersihan diri
Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak
Mandilah selalu
Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
Jaga kebersihan gigi
Menjauhkan diri dari kecederaan
Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
Berhati-hati semasa bercukur

Penjagaan kaki
Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
Jangan pakai kasut yang ketat
Sentiasa urutkan kaki anda
Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit

Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik. 
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
Buta
Kerosakan buah pinggang
Sakit jantung dan penyakit lumpuh
Darah tinggi
Penyakit saraf
Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut
Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat



~INFO NI SAYA DAPAT DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA~