Assalamualaikum,
semalam saya masak spaghetti bolognese untuk en suami, memandangkan dia pesan untuk tidak selalu masak nasi selalu dinner. Baik en Bos!!!
sebelum ini ibu saya ajar kalau masak spaghetti bolognese cuma pakai bawang holand, tomato, sos pasta, capsicum dan daging kisar. Kalau nak cheese boleh tambah. simple as that!! tapi kali ni saya cuba buat sendiri sos pasta or sos bolognese. sos bolognese ni kita boleh guna untuk pelbagai masakan lain selain spageti macam lasagna ker. Saya celok resepi sos bolognese ni dari jamie oliver tapi da diolah oleh saya.
nak tengok resepi original boleh pergi kat jamie oliver-bolognese sauce. so, tak perlulah kita beli sos pasta yang dalam botol tu. Nak guna pun boleh, mesti lagi sedap..kalau tak nak pun tak ape.
Bahan-bahan ni saya sediakan untuk 4 orang makan:
separuh paket spaghetti
air sebanyak 1/2 periuk untuk rebus spaghetti.
olive oil
1 biji bawang holand dipotong dadu
3 biji bawang putih dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah dipotong dadu
1/2 biji capsicum hijau dipotong dadu
1/2 lobak merah dipotong dadu
1/2 cawan air
1 batang saderi dipotong dadu
4 biji tomato dipotong dadu
200 gram daging kisar
2 paket cheese ( ni kebetulan saya ambil dari rumah ibu)
1 sk oregano herb
1 sk rosemary herb
1 sk lada hitam
1 sk garam
Cara-cara:
1-untuk spaghetti, panaskan periuk dengan air yang dicampur sedikit minyak dan garam. bila air sudah menggelegak, masukan spaghetti sehingga lembut. tos kan spaghetti, siram dengan air sejuk. ( ni boleh baca dekat instructions paket spaghetti tu)
2-panaskan sedikit olive oil, tumis bawang holand dan bawang putih sehingga naik bau.
3-masuk capsicum, lobak merah, saderi dan 1/2 cawan air.
4-masuk tomato
5-masuk oregano herb, rosemary herb dan lada hitam. tunggu sehingga air masak dan sejukkan.
6-bila kuah sudah sejuk, blend semua pakai mixer or food processor. tadaaaa...dah jadi pun bolognese sos!!
ni rupa sos bolognese bila da siap. warna sos ni tak berapa nak merah tapi rasa dia same jer..hehehe..(ok, abaikan mangkuk yang comot kat tepi..huu)
ok, untuk buat spaghetti bolognese pula.
1-panaskan sos bolognese (yang da berjaya dibuat), masuk kan daging kisar.
2-tunggu sehingga masak. ( didihkan dengan api yang perlahan sampai kuah jadi pekat)
3-masuk kan 2 keping cheese cheedar, nak lebih pun tak ape sebab saya cuma ada 2 keping jer. nak lagi sedap boleh letak parmesan cheese.
4-lepas tu boleh letak perasakan dengan garam. cukup rasa. Ok, done. siap!!
update:
disebabkan masa saya makan, saya rasa tak pedas. saya tumbuk 3 biji cili api dan kacau sekali dalam bolognese sos. ( memang tekak orang melayu..huu)

100% Homemade. Tq share
ReplyDelete😄😄
ReplyDeletesimple 😋
ReplyDelete