Ct

Sunday, June 22, 2014

lasik mata di IIUM,Kuantan

assalamualaikum..

Alhamdulilah saya sudah selamat membuat lasik mata di IIUM, Kuantan pada 27hb februari 2014. Ok, kepada sesiapa yang berminat membuat lasik mata dan berada berdekatan di kuantan boleh pergi di IIUM Kuantan. Alhamdulilah sepanjang proses berkenaan saya rasa mudah dan tidak la susah.

Pertama kali saya tengok prosedur tentang lasik mata dari satu program televisyen yang menampilakn selebriti iatu dynas mendapatkan rawatan lasik di prince court melalui profesor muhaya. Saya tengok dynas dan beberapa pesakit lain begitu mudah membuat lasik dan memberikan feedback yang positif. so, starting dari rancangan berkenaan saya ada menanam niat untuk membuat juga lasik mata.heee

Tahun lepas 2013, ada dua orang rakan kerja saya membuat lasik dan memberikan kata-kata yang positif. So, saya tanpa berlengah lagi call dan membuat appointment dengan IIUM Kuantan sebab waiting list memang panjang. 

Appointment pertama saya pada bulan Nov 2013, waktu saya pergi untuk screening mata boleh buat atau tak operation. Alhamdulilah mata saya boleh buat. Yeaaa..tapi next appointment seterusnya pada 18 March 2014. Giler lamaaaa...Alhamdulilah, saya punya appointment dapat diawalkan pada 10 februari. Masa 2nd appintment ni, nurse akan check lagi sekali condition mata dan menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh sebelum plasik mata. Memandangkan mata saya kering, saya diminta untuk memakai artificial tears sekerap yang mungkin. Untuk appointment saya kena bayar RM300. Pada 25 feb, saya berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor akan menerangkan jenis-jenis prosedur untuk lasik mata dan perkara yang saya perlu buat selepas lasik. Pada masa ni, saya tidak dimaklumkan lagi prosedur mana bakal digunakan untuk mata saya. Pihak IIUM akan maklum sehari sebelum lasik. Sehari sebelum lasik, nurse call bagi tau saya akan buat PRK.

Pada 27 Feb, saya buat lasik mata jenis PRK dan sebelum operation saya bayar balance RM3200..SO, total cuma RM3500 sahaja. Saya merupakan orang kedua yang membuat lasik. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan mudah. Doktor Khairidzan memberitahu saya seorang tenang, so mudah untuk dia buat lasik. So, nanti kalau ada niat nak buat kena bertenang juga...borak-borak lah dengan doktor tu semasa operation, tak de lah kita memikir sangat tentang mata. Saya mengambil hanya 7 saat sahaja untuk 1 mata. Pastu, done...alhamdulilah da berjaya. Lepas lasik memang mata nampak cerah sangat dan perasaan tu memang excited lebih lagi sebab tak sakit. Saya pergi dengan husband kat bandar, lepas tu teman dia pergi cek tayar kereta tapi lepas beberapa jam kesan bius sudah hilang dan mata saya rasa pedih-pedih dan start berair. Mata belah kanan asik mengalir air mata jer dan terasa pedih sangat seperti kena lada. Tapi keadaan tu tak lama pun. Esok pagi tu, mata saya dah tak pedih dan berair. 

Keesokan harinya, pada 28 Feb untuk "post lasik day 1", saya pergi berjumpa doktor untuk cek keadaan mata. Alhamdulilah mata saya menunjukkan result yang positif dan cepat tapi saya tak faham bahasa yang doktor guna tu. Doktor yang cek mata saya tu, panggil doktor Khairidzan yang buat lasik mata saya untuk tunjuk keadaan mata saya. ( rasa macam bahan experiment mata plak). Doktor Khairidzan pun happy sebab biasanya patient yang buat PRK akan ada kesan macam-macam dan mengambil masa yang lama untuk baik...Saya rasa antara sebab mata saya cepat baik adalah amalan pemakanan sunnah. Nanti saya buka entry pasal ni..heheheh

Sekarang da masuk 4 bulan selepas dari operation, Alhamdulilah mata saya kembali cerah..=D Kalau berminat boleh call untuk appointment:

tel: 09-5704550
hotline lasik 019-911 2642












Friday, June 6, 2014

kebaikan dan keburukan buat laser ENT untuk hidung-Bengkak dalam hidung

Assalamualaikum,

Pada 17 oktober 2011, saya ada menjalani operation untuk hidung atau lebih tepat laser ENT untuk hidung. Punca saya kena buat laser ini disebabkan saya menghidapi allergic rhinitis. Boleh baca artikel sinus atau resdung? ini untuk lebih maklum apa itu allergic rhinitis atau orang melayu kata resdung..hehehe Macam saya sejak dari kecil lagi..senang cerita masa umur bayi kot saya memang sudah ada allergic rhinitis. Macam-macam usaha yang parents saya buat untuk bagi saya hidung tak berair dan sihat. Macam-macam pil, ubat, vitamin, bawak pergi rawatan tradisonal sampai ke herba cina yang sudah setahun saya telan..tiba-tiba masuk berita, ubat tu haram..huhuhuhu

Dan setiap bulan saya akan ambil ubat allergic dari klinik panel dari kecik sampai la saya da biasa. Last2 ada doctor ni buat surat suruh saya berjumpa dengan doctor pakar ENT di HTAA. Allhamdulilah, baru la saya faham apa tu resdung yang saya kena tu. Hampir 4 tahun juga saya ambil nasal spray untuk mengurangkan bengkak dalam hidung. Bengkak dalam hidung saya ni terjadi disebabkan oleh kesan allergic. Bengkak ni macam ketumbuhan tapi tak mudarat pun cuma dia menghalang pernafasan dan menyebabkan pelbagai kesan yang tak baik..susah nak bernafas, berdengkur, sakit kepala dan lain-lain.

Mungkin doctor da fed up asik tengok muka saya datang. So, doctor cadangkan saya membuat laser. apa yang saya faham rawatan laser ni akan membuang ketumbuhan dalam hidung saya. so, InsyaAllah saya akan lebih mudah untuk bernafas tapi untuk baik 100% adalah tipis sebab ketumbuhan tu atau bengkak tu disebabkan allergic. Maksudnya, kalau saya terdedah dengan allergic lagi..kebarangkalian untuk bengkak/ ketumbuhan boleh jadi lagi.

Sekarang da hampir 2 tahun lebih saya buat rawatan laser tu..walaupun mula-mula tu sangatttt pahit disebabkan kecuaian doctor. Nak tahu boleh baca kat sini...tapi Alhamdulilah saya rasa hidung saya semakin baik..walaupun saya masih bersin pada waktu pagi, tapi saya da semakin kebal dengan cuaca sejuk dan hidung saya tak la selalu tersumbat..cuma lubang hidung belah kanan masih lagi tersumbat tapi much beter dari sebelum ni.

So, kalau korang ada penyakit resdung atau allergic rhinitis macam saya..boleh lah try rawatan laser.


resepi: homemade bolognese sauce dan spaghetti bolognese mudah

Assalamualaikum,

semalam saya masak spaghetti bolognese untuk en suami, memandangkan dia pesan untuk tidak selalu masak nasi selalu dinner. Baik en Bos!!!

sebelum ini ibu saya ajar kalau masak spaghetti bolognese cuma pakai bawang holand, tomato, sos pasta, capsicum dan daging kisar. Kalau nak cheese boleh tambah. simple as that!! tapi kali ni saya cuba buat sendiri sos pasta or sos bolognese. sos bolognese ni kita boleh guna untuk pelbagai masakan lain selain spageti macam lasagna ker. Saya celok resepi sos bolognese ni dari jamie oliver tapi da diolah oleh saya.
nak tengok resepi original boleh pergi kat jamie oliver-bolognese sauce. so, tak perlulah kita beli sos pasta yang dalam botol tu. Nak guna pun boleh, mesti lagi sedap..kalau tak nak pun tak ape.



Bahan-bahan ni saya sediakan untuk 4 orang makan:

separuh paket spaghetti
air sebanyak 1/2 periuk untuk rebus spaghetti.
olive oil
1 biji bawang holand dipotong dadu
3 biji bawang putih dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah dipotong dadu
1/2 biji capsicum hijau dipotong dadu
1/2 lobak merah dipotong dadu
1/2 cawan air
1 batang saderi dipotong dadu
4 biji tomato dipotong dadu
200 gram daging kisar
2 paket cheese ( ni kebetulan saya ambil dari rumah ibu)
1 sk oregano herb
1 sk rosemary herb
1 sk lada hitam
1 sk garam

Cara-cara:
1-untuk spaghetti, panaskan periuk dengan air yang dicampur sedikit minyak dan garam. bila air sudah menggelegak, masukan spaghetti sehingga lembut. tos kan spaghetti, siram dengan air sejuk. ( ni boleh baca dekat instructions paket spaghetti tu)
2-panaskan sedikit olive oil, tumis bawang holand dan bawang putih sehingga naik bau.
3-masuk capsicum, lobak merah, saderi dan 1/2 cawan air.
4-masuk tomato
5-masuk oregano herb, rosemary herb dan lada hitam. tunggu sehingga air masak dan sejukkan.
6-bila kuah sudah sejuk, blend semua pakai mixer or food processor. tadaaaa...dah jadi pun bolognese sos!!


ni rupa sos bolognese bila da siap. warna sos ni tak berapa nak merah tapi rasa dia same jer..hehehe..(ok, abaikan mangkuk yang comot kat tepi..huu)

ok, untuk buat spaghetti bolognese pula.
1-panaskan sos bolognese (yang da berjaya dibuat), masuk kan daging kisar.
2-tunggu sehingga masak. ( didihkan dengan api yang perlahan sampai kuah jadi pekat)
3-masuk kan 2 keping cheese cheedar, nak lebih pun tak ape sebab saya cuma ada 2 keping jer. nak lagi sedap boleh letak parmesan cheese.
4-lepas tu boleh letak perasakan dengan garam. cukup rasa. Ok, done. siap!!

update:
disebabkan masa saya makan, saya rasa tak pedas. saya tumbuk 3 biji cili api dan kacau sekali dalam bolognese sos. ( memang tekak orang melayu..huu)




Wednesday, June 4, 2014

resepi mudah sayur paprik dan ayam

Assalamualaikum,

Jom kita cuba masak sayur paprik dan ayam.



Bahan-bahan untuk 2 orang makan:

2 sb minyak masak
2 biji bawang merah dihiris nipis dan 6 biji lada kecik diketuk
2 batang serai diketuk
4 sb sos cili, 2 sb sos tomato, 1 sb sos tiram dan 1 sb paste tomyam
1 cawan air
Sedikkt ayam dibahagian dada dipotong dadu
10 batang kacang buncis dipotong serong
1/4 batang lobak merah dipotong panjang
Sedikit bunga kobis dipotong kecik
3 helai daun limau purut

Cara-cara:
1-panas kan minyak, tumis bawang, lada dan serai sehingga naik bau.
2-masuk sos cili, sos tomato, sos tiram, paste tomyam dan air. Kacau rata.
3-masuk ayam dan lobak merah.
4-bila ayam da hampir nak masak. Masuk bunga kobis dan kacang buncis.
5-masuk daun limau purut.

Telur dadar bawang:

Bahan-bahan:
4 sb minyak masak
2 biji telur dipukul dengan 1 biji bawang merah yang dihiris nipis.

Cara-cara:
1-panaskan minyak, masuk telur.
2-terbalik kan telur tunggu sehingga masak.





resepi simple dan sedap nasi goreng kerabu jimat

Assalamualaikum...

Mesti korang pernah buat nasi goreng guna lebihan lauk...kan???? Semalam ada lebih lauk
sotong dan ikan kembung goreng. So, saya buat nasi goreng kerabu...kira jadi la sebab rasa macam kat kedai..encik suami pun kate ok..ok la kot..hehehe



Bahan-bahan:
3 sb minyak masak
1 biji bawang merah dan 6 biji lada kecik ditumbuk lumat
1 batang bunga katan dan 1 batang serai dihiris nipis
6 ekor udang dibersih dan dipotong kecik
1 ekor ikan goreng kembung dibuang tulang dan isi dicarik
Sedikit lauk sotong yang dibersih dan dipotong kecik
1/4 batang lobak merah dipotong panjang
10 batang kacang buncis dipotong pendek
4 cawan nasi putih sejuk
11/2 sk garam

Cara-cara:
1-panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang dan lada.
2-masuk serai dan bunga katan sekali dengan udang sehingga separuh masuk.
3-masuk lobak dan kacang buncis sehingga lobak lembut ( kalau boleh potong dengan sudu tu..kira lobak da lembut)..nak cepat maybe boleh tambah sedikit air..tunggu sehingga lobak lembut dan air da kering.
4-masuk lebihan lauk sotong dan ikan.kacau rata.
5-tutup api dan masuk nasi. Kacau rata dan masukkan garam.
6-panas kan balik nasi tapi kejap jer sambil tu kacau nasi. Ok, siap. Boleh tutup api balik =)